Twiggy Buat Penonton Tergamam - Berita Dunia | mStar

Twiggy Buat Penonton Tergamam

Diterbitkan: Khamis, 18 Januari 2018 9:17 AM

(Ubah saiz teks)

TORONTO: Twiggy sememangnya dikenali sebagai haiwan peliharaan istimewa, lebih-lebih lagi selepas mendapat tawaran 'berlakon' filem.

Namun kali ini, sang tupai ini sekali lagi mencuri perhatian umum apabila mempamerkan aksi luar biasa bermain ski air sempena Pameran Bot Antarabangsa Toronto 2018 di sini baru-baru ini.

Twiggy  yang dianggarkan berusia 10 tahun dilihat memakai jaket keselamatan berwarna jingga mengimbangkan kaki di atas dua papan luncur ketika ditarik sebuah bot laju kawalan di dalam sebuah kolam renang.

Mamalia yang dipelihara pasangan suami isteri dari Florida, Amerika Syarikat iaitu Chuck dan Lou Ann Best telah dilatih untuk bermain ski air sejak ia masih kecil.

“Twiggy mendapat liputan luas daripada pihak media dan banyak pihak menghubungi kami untuk mengadakan persembahan lalu mendorong saya untuk melatihnya selain kembali aktif dalam pameran seumpama ini,” kata Best.

Sebelum ini, dua filem yang pernah dibintanginya adalah  Dodgeball dan Anchorman.
Tags / Kata Kunci: Twiggy , Toronto

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan