TPM Thai Sedia Letak Jawatan - Berita Dunia | mStar

TPM Thai Sedia Letak Jawatan

Diterbitkan: Rabu, 17 Januari 2018 8:38 AM

(Ubah saiz teks)

BANGKOK: Timbalan Perdana Menteri Thailand Jen Prawit Wongsuwan bersedia untuk meletak jawatan daripada kerajaan jika badan pencegahan rasuah negara itu mendapatinya  bersalah berhubung dakwaan memiliki jam tangan mewah.

Beliau menggesa semua pihak supaya menyerahkan kepada  Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Thailand  (NACC) menjalankan siasatan mengenai perkara itu.

"Biarlah NACC menyiasat perkara itu, jika saya bersalah, maka saya akan meletak jawatan," kata beliau kepada media selepas menghadiri mesyuarat mingguan kabinet di Rumah kerajaan pada Selasa.

Prawit yang bercakap buat kali pertama mengenai kontroversi yang menyelubungi jam tangan mewah yang dikatakan miliknya berkata beliau tidak berasa paranoid terhadap kontroversi itu tetapi sebaliknya mengukuhkan komitmen kerajaan untuk memerangi rasuah di negara itu.

Menurut Prawit, yang juga Menteri Pertahanan, jam tangan yang dipersoalkan itu ialah milik kawan-kawannya yang meminjamkan aksesori mewah untuk beliau memakainya sebelum memulangkan jam tangan itu kepada pemilik yang sah.

"Saya mempunyai kawan-kawan, mereka meminjamkan jam  tangan itu kepada saya, itu sahaja dan saya memulangkannya," kata Prawit. -Bernama

Tags / Kata Kunci: Jen Prawit Wongsuwan , TPM Thailand

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan