Suspek Kes Curi Menangis Dapat Tahu Kekasih Hamil - Berita Dunia | mStar

Suspek Kes Curi Menangis Dapat Tahu Kekasih Hamil

Diterbitkan: Selasa, 16 Januari 2018 4:00 PM

(Ubah saiz teks)

BANGKOK: Seorang lelaki berusia 18 tahun yang disyaki mencuri, menangis di balai polis Hat Yai, Songkhla selepas mengetahui bahawa teman wanitanya sedang hamil.

Polis berkata, suspek, Pongsak Worasan, mengaku telah memecah masuk sebuah rumah di Tambon Khor Hong jam 2 pagi Khamis dan mencuri dua buah telefon bimbit, sebuah komputer riba, wang tunai Bt2,000 (RM247) dan motosikal Honda Wave.

Worasan, yang mempunyai sabitan sebelum ini dan telah menjalani hukuman penjara, berdepan pertuduhan merompak yang boleh dikenakan hukuman penjara antara satu hingga lima tahun dan denda antara Bt2,000 (RM247) dan Bt10,000 (RM1,239).

Dia ditahan pada pukul 4 petang Isnin ketika polis melihat kenderaan yang dicuri di hadapan sebuah rumah di Tambon Mae Tom dan mendapati bukti lain di dalamnya.

Worasan, yang telah menjalani hukuman penjara sebelum ini kerana kesalahan mencuri dan merompak, telah dibebaskan pada September lalu.

Apabila teman wanitanya yang berusia 18 tahunnya memaklumkan bahawa dia sedang hamil dua bulan, hatinya hancur luluh.

Dia menangis kegembiraan dengan berita kehamilan itu, tetapi dalam masa yang sama berasa kecewa kerana dia mungkin tidak dapat melihat anaknya membesar sehingga dia dibebaskan.

Dia mengaku menyesal dengan perbuatannya dan sempat memeluk teman wanitanya sebelum polis membawanya ke sel tahanan.

Teman wanita Worasan berkata apabila bayi itu dilahirkan, dia akan menunggu pembebasannya teman lelakinya dari penjara dan akan bergabung semula untuk menjalani kehidupan bertiga pada masa hadapan. -TheNation/AsiaNewsNetwork

Tags / Kata Kunci: suspek curi , kekasih hamil
   

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan