Pasar Raya UK Pertama Di Dunia Ganti Bungkusan Plastik - Berita Dunia | mStar

Pasar Raya UK Pertama Di Dunia Ganti Bungkusan Plastik

Diterbitkan: Selasa, 16 Januari 2018 7:46 AM

Bungkusan yang diperbuat daripada bahan kertas akan dijadikan sebagai alternatif kepada plastik bagi sebahagian produk jenama pasar raya Iceland.

(Ubah saiz teks)

SEBUAH pasar raya di United Kingdom (UK) bakal menjadi yang pertama di dunia menggantikan bungkusan plastik dari semua produk labelnya sendiri dengan bahan alternatif.

Langkah yang dibuat oleh pasar raya Iceland itu dibuat bagi memberi tekanan kepada pesaingnya supaya mengikut tuntutan masyarakat untuk menangani pencemaran plastik.

Syarikat tersebut, yang mempunyai lebih 900 cawangan, mempunyai rancangan selama lima tahun untuk tidak menggunakan plastik terhadap semua produk jenamanya sendiri.

Pembungkusan 1,400 jenis produk akan digantikan, dan perubahan itu melibatkan lebih 250 pembekal. 

Antara lain, beg plastik untuk sayur-sayuran dan makanan lain akan digantikan dengan bungkusan diperbuat daripada kertas sebagai alternatik.

Iceland telah pun mengeluarkan tiub plastik dari rangkaiannya, turut mengusahakan alternatif kepada botol plastik dan bungkusan susu. - Mail Online

Tags / Kata Kunci: Iceland , plastik

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan