Seorang Hilang Bot Kasino Terbakar - Berita Dunia | mStar

Seorang Hilang Bot Kasino Terbakar

Diterbitkan: Isnin, 15 Januari 2018 11:16 AM

Keadaan sebuah bot kasino yang terbakar. Foto CNN

(Ubah saiz teks)

SEBUAH bot kasino terbakar di perairan pantai barat Florida, Amerika Syarikat (AS) pada Ahad mengakibatkan seorang mangsa dilaporkan hilang.

Memetik laporan WFLA-TV, ketika kejadian, seramai 50 orang menaiki bot Sun Cruz Casino yang sedang berlayar di Port Richey Canal.

Seramai 49 penumpang berjaya menyelamatkan diri ke pantai dengan bantuan pasukan kecemasan.

Bagaimapun menurut WFTS-TV, 15 mangsa dibawa ke hospital untuk menerima rawatan.

Jabatan Bomba Pasco County  berkata, mangsa hanya mengalami cedera ringan. 

Menurut laporan ABC News, mangsa yang dibawa ke hospital kerana mengalami sesak nafas dan sakit dada.

Dalam pada itu, pihak berkuasa masih mencari seorang penumpang yang hilang.

Pihak berkuasa turut menyiasat punca kejadian. - Mail Online

   

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan