Selepas Arnab, Monyet...Lembu Pula Buat Kecoh - Berita Dunia | mStar

Selepas Arnab, Monyet...Lembu Pula Buat Kecoh

Diterbitkan: Ahad, 14 Januari 2018 10:57 AM

(Ubah saiz teks)

JIKA sebelum ini kehadiran monyet dan arnab pernah menimbulkan kekecohan. Kali ini, seekor lembu mengakibatkan pesawat terpaksa dialihkan dari lapangan terbang Ahmedabad dan pihak berkuasa India mengakui ia akibat kecuaian manusia.

Haiwan ternakan itu telah melepasi kawalan keselamatan di pintu masuk kargo lapangan terbang di Gujerat dan berkeliaran berhampiran landasan.

Menyedari situasi itu, pengawal keselamatan bergegas mengejarnya supaya keluar dari kawasan berkenaan.

Penerbangan dari Abu Dhabi dan pesawat kargo telah dialihkan ke Mumbai selepas juruterbang mengesan kehadian haiwan itu.

Selain itu, ketibaan lima penerbangan domestik dan beberapa yang dijadualkan berlepas juga tertangguh.

Sumber sektor penerbangan berkata, pengawal keselamatan lapangan terbang dan pegawai bomba segera ke lokasi dan mengambil masa lebih 90 minit untuk memastikan lembu itu keluar dari landasan.

"Lembu itu masuk berhampiran pintu kargo lapangan terbang, menyebabkan pengawal keselamatan menggunakan kayu dan senapang angin untuk menghalaunya keluar," kata sumber lain.

Pada Feruari tahun lalu, penerbangan IndiGo di Ahmedabad tertangguh kerana adanya arnab di landasan.

Sebelum itu, pada November 2016 pula, pesawai ke Chennai tidak dapat berlepas kerana kehadiarn beberapa ekor monyet di landasan.

Kehadiran kerbau di landasan beberapa minit sebelum pesawat berlepas ke Delhi dari Surat juga berlaku kira-kira dua tahun lalu.

Susulan kejadian terkini ini, pihak berkuasa lapangan terbang telah mengarahkan siasatan berhubung kejadian itu dijalankan.-IndiaToday



Tags / Kata Kunci: Ahmedabad , India

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan