Ibu Tunggal Malang Ditipu 'Suami Wanita' - Berita Dunia | mStar

Ibu Tunggal Malang Ditipu 'Suami Wanita'

Diterbitkan: Jumaat, 12 Januari 2018 3:00 PM

Sebahagian daripada gambar Wang bersama Qian ketika mereka menjalinkan hubungan. -fotoNetEast

(Ubah saiz teks)

SEORANG ibu tunggal dari China kecewa selepas kekasih yang sudah setahun dikenalinya hilang tanpa khabar berita.

Tetapi apa yang lebih mengejutkannya apabila dia kemudian mendapat tahu bahawa 'teman lelakinya' itu sebenarnya adalah seorang wanita.

Wang Qi, 41, dari wilayah Zhejiang, telah berkenalan dengan seorang 'lelaki' dengan nama keluarga Qian dalam talian pada 2016.

Walaupun mereka berkawan, Wang pada mulanya sukar menerima Qian kerana menganggap mereka tidak akan serasi disebabkan dia terlalu muda untuk dirinya, selain telah bercerai dan mempunyai seorang anak.

Bagaimanapun pada Jun 2016, kedua-dua mereka telah berkahwin secara rasmi.

Menjelang tahun 2017, pasangan itu telah berpindah untuk tinggal bersama dan Qian membawa Wang pulang ke kampung halamannya di Haikou berjumpa ibu bapanya.

Sepanjang perkenalan, Qian sering menegaskan bahawa walaupun mereka saling menyayangi dan tidur bersama, mereka tidak harus melakukan hubungan intim sehinggalah mereka berkahwin.

Qian. -fotoNetEast

Hubungan mekar mereka bermasalah enam bulan kemudian, pada November 2017 apabila Qian tiba-tiba hilang.

Wang tidak dapat menghubunginya melalui telefon dan dia juga telah menukar nama WeChat, membuatkan Wang percaya bahawa 'suaminya' itu mempunyai wanita lain.

Wang bagaimanapun tidak boleh membiarkannya hilang tanpa penjelasan, kerana dia telah membelanjakan lebih dari 300,000 yuan untuknya.

Justeru, Wang memulakan siasatan dan terkejut mendapati kad pengenalannya sebelum ini menunjukkan jantinanya adalah perempuan.

Pendedahan mengejutkan itu menyebabkan Wang terpaksa mengkaji semula keseluruhan hubungan mereka, terutama dari segi hubungan intim.

Dia memberitahu media China bahawa dada Qian leper, tidak kelihatan seperti seorang wanita dan sentiasa menggunakan tandas lelaki.

Wang pergi ke Haikou untuk bertemu ibu bapa Qian kerana menganggap dia ditipu kerana wang, sebaliknya dirinya pula dituduh pembohong kerana menuduh Qian.

Walau bagaimanapun, bapanya yang merujuk Qian sebagai 'anak perempuan tunggal'nya memberitahu media bahawa anaknya itu telah menjadi 'tomboy' dari zaman kanak-kanak dan suka berpakaian lelaki.

Dia menambah, pada masa itu ia hanya satu hobi dan mendakwa dia tidak pernah menipu wang dengan cara apa sekali pun.

Ibu bapa Qian enggan membantu Wang memburunya dan lokasinya masih belum diketahui.

Wang sedang mempertimbangkan tindakan undang-undang untuk mendapatkan wangnya kembali, mendakwa Qian telah menipunya untuk keuntungan kewangan.

Cerita yang sama pernah menjadi berita utama di China dua tahun lalu.

Pada masa itu, seorang lelaki berjaya menipu tidak kurang daripada 11 lelaki yang menganggap dia adalah seorang wanita, dengan sesetengah daripada mereka telah berkahwin dengannya.

Dia juga hilang dengan sejumlah besar wang yang dicuri daripada mangsanya. -shanghaiist

Tags / Kata Kunci: tomboy , kahwin tomboy
   

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan