'Sesuatu' Dalam Foto Dirakam - Berita Dunia | mStar

'Sesuatu' Dalam Foto Dirakam

Diterbitkan: Jumaat, 12 Januari 2018 8:00 AM

Gambar pemandangan yang dirakamkan oleh Gavin. Foto bestgav/Twitter

(Ubah saiz teks)

SEORANG lelaki berhenti mengambil gambar pemandangan di Belfast, utara Ireland sewaktu berjalan bersama rakan-rakannya pada ambang Tahun Baharu lalu.

Namun Gavin Best tidak menyedari sesuatu apabila melihat gambar berkenaan menerusi telefon bimbitnya.

Satu imej unik hanya disedari lelaki berusia 43 tahun selepas melihat gambar tersebut secara lebih dekat menggunakan komputer riba beberapa hari kemudian.

Gavin terkejut apabila gambar berkenaan turut merakamkan imej seseorang sedang melompat ke udara, kemungkinan untuk aksi rakaman lensa yang lain.

Imej seseorang sedang melompat di sebalik gambar pemandangan yang dirakamkan Gavin. Foto bestgav/Twitter

"Saya ingatkan ia secara kebetulan yang tidak disengajakan tetapi saya menyedari tiaada orang lain di sana semasa saya mengambil gambar berkenaan (pemandangan)," katanya.

Gavin memuat naik gambar tersebut di Twitter dan mendapat lebih 1,200 tanda suka.

"Saya muat naik gambar itu di Twitter kerana saya melihatnya sesuatu yang istimewa dan wajar dikongsi," katanya. - Mirror

   

iklan

Video

Selasa, 19 Jun 2018 1:13 PM

Takdir ibu & anak 'pergi' bersama

Selasa, 19 Jun 2018 8:30 AM

Cabaran anyam ketupat!

Isnin, 18 Jun 2018 8:00 AM

mStar teka lagu Raya - Challenge

Jumaat, 15 Jun 2018 6:00 AM

Raikan Syawal, bukan 'membawang'

Rabu, 13 Jun 2018 3:40 PM

Perihal suka iklankan maksiat di Instagram

Rabu, 13 Jun 2018 8:00 AM

Jangan sibuk main 'game' dalam bulan puasa

Selasa, 12 Jun 2018 4:06 PM

Cabaran RM15 di bazar Ramadan

Selasa, 12 Jun 2018 9:00 AM

Wartawan mStar pening pilih baju raya

Kolumnis

iklan

Iklan