Selepas Memandu, Wanita Arab Dibenar Ke Stadium - Berita Dunia | mStar

Selepas Memandu, Wanita Arab Dibenar Ke Stadium

Diterbitkan: Rabu, 10 Januari 2018 7:30 AM

(Ubah saiz teks)

STADIUM di Arab Saudi akan membuka pintu kepada golongan wanita untuk menyaksikan perlawanan bola sepak untuk pertama kalinya pada Jumaat.

"Perlawanan Al-Ahli menentang Al-Batin pada 12 Januari ini adalah yang pertama akan disaksikan golongan wanita di stadium itu, demikian pengumuman yang dibuat Kementerian Penerangan dalam kenyataan.

Ia turut menyebut, wanita wajar dibenarkan menghadiri pelawanan kedua pada hari berikutnya dan seterusnya pada 18 Januari.

Kelonggaran ini perlu digunakan sebaik mungkin dalam kalangan wanita negara Teluk itu kerana perlawanan pertama itu akan berlangsung di Riyadh, kedua di Jeddah dan seterusnya di bandar Dammam.

Negara yang melaksanakan pelbagai peraturan ketat terhadap wanita termasuk tidak dibenarkan terbabit dalam sukan.

Bagaimanapun, baru-baru ini negara itu menarik balik larangan memandu kenderaan yang dikenakan terhadap wanita negara itu.

Tags / Kata Kunci: Arab , Al-Ahli
   

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan