Bakal Puteri Mula Kawal Privasi - Berita Dunia | mStar

Bakal Puteri Mula Kawal Privasi

Diterbitkan: Rabu, 10 Januari 2018 8:20 AM

(Ubah saiz teks)

WANITA ini sering mempromosikan dirinya mengenai kerjaya lakonan di laman sosial Instagram dan blog gaya hidupnya.

Menerusi tweet berhubung pandangannya mengenai makanan dan minuman, Meghan Markle tidak lagi berkongsi tentang dirinya bersama peminat.

Pada Selasa, Meghan akhirnya telah  menutup akaun Instagram dan Twitternya.

Beliau juga telah meninggalkan blognya, The Tig pada April lepas, tetapi kini mengambil tindakan drastik menutup laman sosialnya.

Bakal isteri Putera Harry itu belum menyatakan sebab berbuat demikian, walaupun spekulasi menunjukkan bahawa ia adalah sebahagian daripada usaha untuk melindungi privasinya.

Walaupun memutuskan untuk tidak lagi berkongsi hal peribadi, Meghan masih bersikap rendah diri.

Putera Harry dan Meghan bakal berkahwin pada 19 Mei ini. - Mirror

Tags / Kata Kunci: Meghan , Twitter

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan