Tiga Cedera Menara Trump Terbakar - Berita Dunia | mStar

Tiga Cedera Menara Trump Terbakar

Diterbitkan: Selasa, 9 Januari 2018 10:23 AM

Menara Trump dipercayai mengalami kebakaran sebelum pukul 7 pagi Isnin waktu New York. - Dezeen/The Guardian

(Ubah saiz teks)

DUA orang awam dan seorang bomba cedera dalam kejadian kebakaran di Menara Trump di New York pada pagi Isnin.

Pegawai rasmi di Bandaraya New York berkata, sistem pendingin hawa dan haba bangunan menjadi punca kebakaran itu.

Kenyataan daripada jabatan bomba berkata: "Tiga individu disahkan cedera dalam kebakaran yang berlaku di 721 (Fifth Avenue), Menara Trump: dua orang awam mengalami kecederaan yang tidak mengancam nyawa dan dirawat di tempat kejadian serta enggan mendapatkan rawatan selanjutnya. Seorang anggota bomba juga tidak mengalami kecederaan yang teruk.


Laporan berita mengenai kebakaran di Menara Trump oleh CBSN.

Rakaman berita menunjukkan para penyelamat berada di atas bumbung bangunan pencakar langit itu yang terletak di tengah-tengah Manhattan.

Menara tersebut merupakan bangunan kediaman dan perniagaan.

Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump yang turut memiliki rumah di menara itu berada di Rumah Putih di Washington DC ketika insiden berkenaan berlaku. - The Guardian

Tags / Kata Kunci: Menara Trump

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan