Najis Berselerak, Pesawat Terpaksa Melencong - Berita Dunia | mStar

Najis Berselerak, Pesawat Terpaksa Melencong

Diterbitkan: Isnin, 8 Januari 2018 7:30 AM

Gambar Hiasan

(Ubah saiz teks)

PESAWAT yang dalam perjalanan dari Chicago ke Hong Kong terpaksa melakukan pendaratan yang tidak dirancang di Alaska selepas seorang penumpang telah mengotorkan tandas kapal terbang itu.

Penerbangan 895 United Airlines telah melencong ke Anchorage selepas penumpang itu menyebabkan kedua-dua tandas di pesawat itu tidak dapat digunakan kerana dipenuhi najis.

Lelaki yang disyaki bertanggungjawab melakukan perbuatan itu juga cuba membuang kemeja yang dipakainya menerusi lubang tandas.

Bagaimanapun, maklumat lanjut mengenai lelaki itu tidak didedahkan, tetapi pihak keselamatan berkata kejadian itu tiada kaitan dengan pengganas.

Tiada sebarang kecederaan dilaporkan susulan kejadian itu.

Jurucakap FBI, Staci Feger-Pellessier berkata, seorang penumpang yang tidak dapat mengawal dirinya telah mencetuskan kekecohan dalam pesawat.

Polis Lapangan Terbang Anchorage, Lt Joe Gamache menambah, pemuda berusia 22 tahun itu tidak mengganggu tugas kru penerbangan itu.

Lelaki itu juga tidak ditahan sebaik mendarat di Anchorage, sebaliknya dia ditemubual pihak berkuasa lapangan terbang itu.

Tags / Kata Kunci: United Airlines , Alaska

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan