48 Termasuk Enam Kanak-Kanak Mangsa Nahas Bas, Trak - Berita Dunia | mStar

48 Termasuk Enam Kanak-Kanak Mangsa Nahas Bas, Trak

Diterbitkan: Khamis, 4 Januari 2018 11:03 AM

(Ubah saiz teks)

LIMA: Angka kematian kemalangan bas di lebuh raya pesisir pantai Panamericana Norte meningkat kepada 48 termasuk enam kanak-kanak.

Daripada jumlah itu, enam terselamat bagaimanapun dirawat kerana cedera.

Setakat ini, pasukan kesihatan mengesahkan keluarga mangsa telah mengenal pasti semua mayat yang ditemui di kawasan pantai.

Menurut polis, usaha mengesan mangsa terpaksa dihentikan seketika pada malam Selasa kerana air pasang naik hingga ke bas.

Dalam kejadian itu, bas yang membawa 55 penumpang berdaftar, termasuk dua kru itu dalam perjalanan dari Huacho kira-kira 130 kilometer di utara ibu negara itu menuju ke Lima.

Pada hari kejadian, bas persiaran itu dikatakan terjunam ke gaung kira-kira 100 meter di tebing pesisir pantai Peru selepas bertembung dengan sebuah trak di kawasan selekoh.

Lebih daripada 200 petugas terdiri daripada polis, tentera dan tentera laut terbabit dalam usaha menyelamat.- Reuters

Tags / Kata Kunci: Panamericana Norte , Lima
   

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan