Banduan Merusuh, Bakar Penjara Banda Aceh - Berita Dunia | mStar

Banduan Merusuh, Bakar Penjara Banda Aceh

Diterbitkan: Khamis, 4 Januari 2018 7:48 PM

(Ubah saiz teks)

BANDA ACEH: Pasukan keselamatan Indonesia telah mengambil alih kawalan di sebuah penjara di barat negara itu susulan kejadian rusuhan pada petang Khamis.

Pegawai Korektional Wilayah Aceh, Edy Hardoyo berkata, rusuhan berlaku apabila tiga banduan enggan dipindahkan ke penjara lain.

Situasi bertambah buruk apabila beberapa banduan turut sama dalam insiden yang bertukar ganas itu.

Banduan yang dalam keadaan marah seterusnya telah membakar penjara Banda Aceh yang hanya boleh memuatkan 400 penghuni, bagaimanapun kini menempatkan lebih 540 orang.

Setakat ini, tiada laporan mengenai banduan yang cedera diterima.

Lapan jentera bomba tiba di lokasi kejadian bagi memadamkan kebakaran, manakala ratusan polis dan tentera dikerah ke penjara itu bagi mengelak banduan melarikan diri.-TheBangkokPost

Tags / Kata Kunci: Banda Aceh
   

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan