Kebab 'Terbang' Ke Angkasa - Berita Dunia | mStar

Kebab 'Terbang' Ke Angkasa

Diterbitkan: Isnin, 1 Januari 2018 12:09 PM

(Ubah saiz teks)

BERMULA sekadar jenaka sesama rakan, akhirnya kebab menjadi menu pertama di dunia yang telah 'diterbangkan' ke angkasa lepas.

Ahli perniagaan, Pascal Leuthold telah  menerbangkan makanan itu pada ketinggian 38,000 meter ke udara menggunakan belon cuaca minggu ini.

Saksi di Zurich, Switzerland melihat bagaimana kebab itu telah dilepaskan ke ruang udara dan hanya menjunam ke Bumi selepas kira-kira dua jam.

Tambah menarik apabila hidangan itu dalam keadaan beku ketika jatuh ke tanah.

Menurut Pascal, dia merancang hasratnya itu sejak tiga bulan lalu sebelum melancarkan kebab yang dihasilkan restoran miliknya di Zurich.

"Selepas memikirkan cara terbaik untuk menghebahkan cawangan baharu kami, timbul idea untuk menerbangkan kebab itu ke angkasa.

"Apa yang menarik apabila melihat kebab itu membeku kerana ia sesuatu yang tidak disangka-sangka tetapi tentunya pada ketinggian ia diterbangkan cuacanya begitu sejuk," katanya yang juga seorang chef.

Kejayaan melancarkan kebab itu membanggakan usahawan ini bagi mempromosi premis terkininya, Ayverdi's.






Tags / Kata Kunci: kebab , Zurich

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan