Hati Meghan Markle Luluh! - Berita Dunia | mStar

Hati Meghan Markle Luluh!

Diterbitkan: Isnin, 25 Disember 2017 5:04 PM

(Ubah saiz teks)

HATI Meghan Markle dikatakan hancur luluh selepas anjing kesayangannya, Guy patah kaki selepas tiba di UK.

Tunang Putera Harry itu membawa Guy yang diselamatkan dari sebuah tempat perlindungan ke rumahnya di Toronto awal tahun ini, sebelum diterbangkan ke Britain selepas menjalani proses pemeriksaan panjang.

Keputusan itu dikatakan 'menyayat hati' untuk Meghan kerana dia terpaksa memisahkan anjing itu dengan seekor lagi anjingnya, Bogart.

Bogart dianggap terlalu tua untuk perjalanan jauh dan terpaksa ditinggalkan di Kanada. Kini, Guy pula berdepan kemalangan, menyebabkan haiwan itu mengalami kecederaan serius.

Menurut MailOnline pada Ahad, dua kaki anjing Guy patah dalam kejadian yang terjadi sekitar pengumuman pertunangan diraja.

Guy didakwa sedang dirawat oleh pakar haiwan, Professor Noel Fitzpatrick.

Fitzpatrick terkenal sebagai pakar bedah ortopedi-neuro.

Sumber memberitahu MailOnline pada Ahad bahawa Meghan 'sangat kecewa' dan 'tertekan' berhubung kemalangan Guy itu.

Wanita berusia 36 tahun itu telah bercakap mengenai anjingnya semasa wawancara pertama di televisyen sejak pengumuman itu.

"Saya mempunyai dua anjing yang saya pelihara agak lama, kedua-duanya saya selamatkan dari pusat perlindungan.

"Seekor kini tinggal bersama kawan rapat saya dan seekor lagi ada di UK, baru sahaja. Saya fikir dia baik-baik saja."

Setiausaha komunikasi Harry, Jason Knauf mengesahkan bahawa Bogart 'tidak akan datang' ke UK dan kini tinggal bersama rakan-rakan Meghan.

Meghan sebelum ini menggambarkan anjingnya sebagai 'my boys' dan mereka adalah segala-galanya dalam kehidupannya. -metroUK


Tags / Kata Kunci: Meghan Markle , anjing
   

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan