Anak Jutawan Tuntut Cincin Tunang £187,000 - Berita Dunia | mStar

Anak Jutawan Tuntut Cincin Tunang £187,000

Diterbitkan: Ahad, 24 Disember 2017 11:27 AM

-foto Instagram Wyatt Ingraham

(Ubah saiz teks)

ANAK lelaki kepada seorang jutawan Amerika Syarikat menyaman bekas tunangnya untuk mendapatkan kembali cincin bernilai £187,000, setelah wanita itu memutuskan hubungan mereka.

Wyatt Koch, 31, menuntut Ivie Gabrielle Slocumb, 29, mengembalikan cincin berlian 8.24-karat selepas hubungan mereka berakhir pada Mei.

Menurut dokumen mahkamah, Koch membeli cincin berlian 'cushion-cut' Oscar Heyman bersama dua berlian 'baguette' pada harga £135,000 pada Mac.

Tetapi dua bulan kemudian, tunangnya didakwa memutuskan pertunangan dan menyimpan cincin itu yang mana peguam Koch berkata ia kini bernilai £187,000.

Dokumen menyatakan bahawa dia juga menuntut ganti rugi £11,000 dan menuntut cincin itu dikembalikan.

Ia juga menyatakan bahawa bakal pengantin perempuan 'menerima cincin itu sebagai hadiah bersyarat' yang enggan dikembalikannya 'walaupun diminta dengan cara baik dan ia tidak dipenuhi'.

Resit yang difailkan dengan mahkamah menunjukkan bahawa dia juga berbelanja sebanyak £5,700 untuk loket platinum berlian tetapi ia bukan sebahagian daripada saman itu.

Slocumb kini mempunyai 20 hari untuk memberi tindak balas terhadap saman itu, menurut saman bertarikh 13 Disember.

Dikenali sebagai Ketua Pegawai Eksekutif dengan fesyennya tersendiri yang aneh dan berambut merah, Koch adalah anak kepada Bill Koch, adik-beradik kembar Charles dan David.

Bill Koch, 77, mempunyai kekayaan bersih dianggarkan £1.2 bilion, menurut Forbes, bekerja dengan saudaranya di Koch Industries pada tahun 1970-an tetapi kemudian dipecat.

Pada tahun 1983, Bill Koch dan abangnya, Freddie, menjual kepentingan mereka masing-masing pada £350 juta dan £240 juta.

Sejak itu, Koch Industries telah menjadi syarikat swasta kedua terbesar di Amerika dengan hasil £74 bilion. -independentUK

Tags / Kata Kunci: Wyatt Koch , cincin tunang
   

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan