Dihalau Selepas Buat Seks Dalam Bas - Berita Dunia | mStar

Dihalau Selepas Buat Seks Dalam Bas

Diterbitkan: Sabtu, 23 Disember 2017 5:15 PM

-foto MetroUK

(Ubah saiz teks)

SEORANG lelaki dan perempuan dipercayai pasangan kekasih dengan selamba melakukan hubungan seks di dalam bas dua tingkat di Shoreditch, London, tengah malam Jumaat.

Seorang penumpang yang terkejut sempat merakamkan adegan tersebut yang menunjukkan pasangan berkenaan sedang melakukan seks di dalam bas bernombor 149 itu.

Dalam rakaman itu, dapat dilihat seorang wanita tidak berbaju duduk di atas seorang lelaki, manakala penumpang lain hanya diam melihat apa yang berlaku.

Menurut seorang saksi, mereka semua tidak menghiraukan tindakan pasangan itu dan membiarkan mereka meneruskan 'urusan' mereka.

Seorang lagi penumpang berkata: "Beberapa orang sedang melihat mereka tetapi lelaki itu hanya ketawa dan menghargai semua orang apabila teman wanitanya membuat bising.

"Saya rasa dia tidak dapat menunggu sehingga pulang ke rumah, mungkin dia masih tinggal dengan ibunya," katanya.

Akhirnya, adegan melampau pasangan itu terpaksa dihentikan apabila pemandu mengarahkan mereka keluar dari bas di Harringay. -metroUK

Tags / Kata Kunci: bas dua tingkat
   

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan