Pelombong Korban Tanah Runtuh Merapi - Berita Dunia | mStar

Pelombong Korban Tanah Runtuh Merapi

Diterbitkan: Selasa, 19 Disember 2017 1:00 PM

(Ubah saiz teks)

JAKARTA: Sekurang-kurangnya lapan pelombong  yang sedang menggali pasir dan batu maut akibat kejadian tanah runtuh berhampiran gunung berapi Merapi, Pulau Jawa.

Turut menjadi mangsa dalam kejadian pada Isnin itu termasuk lapan lagi yang cedera.

Jurucakap agensi pengurusan bencana, Sutopo Purwo Nugroho, dalam kenyataannya berkata, insiden berlaku di kawasan cerun berhampiran gunung berkenaan.

“Mungkin lebih ramai pelombong yang tertimbus dalam tanah runtuh itu, tetapi angkanya tidak diketahui kerana jumlah mereka yang berada di lokasi kejadian belum dapat disahkan,” katanya.

Sementara itu, pelbagai peralatan sudah dibawa ke lokasi insiden yang terletak kira-kira 50 kilometer di utara bandar Yogyakarta bagi membantu operasi mengesan mangsa.

Seperti kebanyakan kawasan di Indonesia, kurang atau tiada kawalan terhadap pelombongan tradisional yang menyebabkan pelombong terdedah kepada risiko bahaya.

Sutopo berkata, aktiviti perlombongan masih diteruskan di kawasan itu walaupun tanah runtuh pernah berlaku beberapa kali sebelum ini.- Reuters


Tags / Kata Kunci: Merapi
   

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan