Wang Gaji Ibu 'Licin' Gara-Gara FIFA 18 - Berita Dunia | mStar

Wang Gaji Ibu 'Licin' Gara-Gara FIFA 18

Diterbitkan: Ahad, 17 Disember 2017 8:29 AM

(Ubah saiz teks)

HATI seorang ibu hancur luluh apabila mengetahui anak lelakinya secara tidak sengaja menghabiskan kesemua wang gajinya gara-gara bermain permainan FIFA 18.

Wanita yang enggan dinamakan itu kini mengingatkan ibu bapa supaya sentiasa mengawasi anak masing-masing selepas anak lelakinya berusia 14 tahun mengosongkan wang dalam akaun banknya hanya beberapa hari sebelum sambutan Krismas.

Dakwa wanita itu, kad debitnya didaftarkan untuk permainan playstation FIFA 18 oleh anaknya tanpa pengetahuan dirinya.

Setiap kali anaknya membeli 'point', bayaran akan ditolak menggunakan kad debit wanita tersebut.

Namun anak lelakinya mendakwa tidak menyedari wang ibunya ditolak ketika bermainan permainan tersebut kerana ia tidak memaklumkan mengenai perkara berkenaan.

Ketika wanita itu mahu mengeluarkan wang gajinya, dia terkejut apabila kesemua wang telah dibelanjakan, lapor Irish Mirror.

Akibatnya, mereka sekeluarga tidak dapat meraikan sambutan Krismas seperti orang lain kerana wang gajinya termasuk bayaran lebih masa turut 'licin'.

"Ini adalah kali pertama sambutan Krismas yang tidak memberi apa-apa makna. Anda pergi ke bank dan dapati semua wang gaji anda termasuk bayaran kerja lebih masa 'licin'.

"Saya terpaksa bertemu anak saya di sekolah selepas bercakap dengan pihak bank supaya dia boleh menghentikan permainan tersebut kerana wang masih lagi ditolak dari akaun bank saya," katanya.

Tags / Kata Kunci: FIFA 18
   

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan