Suami Isteri Terpaksa Tidur Asing Kerana Lampu Krismas - Berita Dunia | mStar

Suami Isteri Terpaksa Tidur Asing Kerana Lampu Krismas

Diterbitkan: Sabtu, 16 Disember 2017 8:48 AM

Sepasang suami isteri mendakwa terdapat dua lampu hiasan Krismas yang bersinar terus ke tingkap bilik mereka. Foto Nottingham Post/BPM Media

(Ubah saiz teks)

SEPASANG suami isteri mendakwa mereka terpaksa tidur di bilik berasingan kerana terganggu oleh lampu hiasan Krismas dari rumah jiran.

Pesara Chris dan Sue Headland memberitahu bilik tidur mereka 'terang' kerana dua set lampu bersinar secara terus ke rumah mereka.

Suami dan isteri yang tinggal di Radcliffe-on-Trent, Nottinghamshire itu mendakwa bahawa 'lampu laser' yang berkelip warna hijau itu menyukarkan mereka untuk tidur bersama.

Chris, 69, yang bekerja sendiri sebagai tukang kebun berkata, dia terpaksa tidur di bilik berasingan kerana siling bilik mereka disinari cahaya pada setiap malam.

Chris dan Sue membuat aduan kepada pihak berkuasa tempatan, yang kemudian dijanjikan untuk menyiasat perkara tersebut.

Chris berkata: 'Terdapat peranti cahaya di hadapan taman mereka yang mengeluarkan cahaya laser.

"Saya tidur di bilik lain kerana langsir lebih gelap di situ. Keadaan kami yang terpaksa tidur berasingan membuatkan kami berasa tidak selesa," katanya. - Mail Online

   

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan