Pesawat Kecil Kanada Terhempas

Diterbitkan: Khamis, 14 Disember 2017 3:00 PM

Gambar fail ATR-42.

(Ubah saiz teks)

TORONTO: Sebuah pesawat yang membawa 22 penumpang dan tiga anak kapal terhempas di selatan Kanada pada lewat Rabu, menyebabkan beberapa orang cedera, lapor agensi berita China Xinhua memetik laporan media tempatan.

CTV melaporkan bahawa pesawat jenis ATR-42 itu terhempas kurang satu kilometer dari Fond-du-Lac, lapangan terbang dalam wilayah Saskatchewan, sejurus selepas berlepas pada kira-kira 6.15 petang Rabu (0015 GMT Khamis).

Setakat ini, tiada kemalangan jiwa dilaporkan dalam insiden itu.Pesawat itu dimiliki syarikat West Wind Aviation yang berpangkalan di Saskatoon.

Punca kejadian masih disiasat.

Tags / Kata Kunci: Kanada

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan