Bangunan Kedutaan Paling Mahal Di Dunia - Berita Dunia | mStar

Bangunan Kedutaan Paling Mahal Di Dunia

Diterbitkan: Khamis, 14 Disember 2017 8:22 AM

Bangunan kedutaan AS yang baharu di menghadap sungai Thames di London. Foto thelondonmagazine

(Ubah saiz teks)

DUTA Amerika Syarikat (AS) ke Britain, Woody Johnson menunjukkan bangunan kedutaan baharu bernilai £750 juta (RM4.1 bilion) di selatan London.

Struktur itu dipercayai menjadi bangunan kedutaan paling mahal di dunia.

Malahan, ia dilengkapi dengan sistem keselamatan yang diperkukuhkan.

Bangunan baharu itu dijangka dirasmikan pada Februari depan semasa lawatan kerja Presiden AS, Donald Trump ke United Kingdom.

Johnson berkata, bangunan kedutaan itu merupakan 'isyarat kepada dunia' bahawa ia merupakan hubungan istimewa antara Britain dan AS. 

Bangunan baharu yang mempunyai rekaan berbentuk kiub itu, hampir dua kali ganda besar daripada kemudahan Grosvenor Square di London.

Dengan ketinggian 12 tingkat, bangunan kedutaan AS yang baharu itu mempunyai pemandangan yang menarik menghadap sungai Thames. - Mail Online

   

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan