Medan Huru-Hara Pemandu Angkot Mogok - Berita Dunia | mStar

Medan Huru-Hara Pemandu Angkot Mogok

Diterbitkan: Khamis, 14 Disember 2017 11:01 AM

(Ubah saiz teks)

KECOH apabila pemandu pengangkutan awam, angkot di Medan mogok hingga mengakibatkan ribuan penduduk daerah itu termasuk pelajar terkandas.

Situasi itu berlaku apabila pemandu angkot berang kerana perkhidmatan teksi menggunakan aplikasi khusus telah banyak mengganggu operasi mereka.

Pemandu yang mogok itu juga bertindak menghalang pemandu teksi JI Setia Budi itu hingga mencetuskan pergaduhan antara kedua pihak.

Bagaimanapun, tindakan pantas pihak polis telah meredakan situasi itu.

Penduduk Amplas, Rido Butar-Butar berkata, ramai penduduk tempatan lewat ke pejabat dan sekolah kerana tindakan mogok pemandu angkot itu.

"Kami yang menjadi mangsa mahu mogok ini dihentikan," katanya kepada The Jakarta Post selepas dia bertengkar dengan beberapa pemandu angkot.

Polis Medan dan Agensi Pertahanan Awam telah dikerah ke lokasi kejadian bagi mengawal situasi.

Ketua Divisyen Operasi Polis Sumatera Utara, Senior Komisioner D.Sembiring berkata, 700 anggota polis telah diarah untuk memantau situasi itu.

Selain itu, Pengerusi Pertubuhan Pemilik Pengangkutan Awam Darat (Organda), Montgomeri Munthe berkata, kira-kira 15,000 pemandu angkot terlibat dalam mogok itu.

Katanya, tindakan itu bagi mendesak pihak berkuasa tempatan untuk menguatkuasakan peraturan teksi dalam talian.

Tags / Kata Kunci: Medan , angkot
   

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan