Kejam!

Diterbitkan: Rabu, 13 Disember 2017 8:59 AM

(Ubah saiz teks)

SEORANG wanita maut selepas dirempuh empat kenderaan dengan tiada seorang daripada pemandu tersebut berhenti untuk menolong mangsa.

Mangsa dipercayai berusia lewat 20-an, terlebih dahulu dilanggar sebuah lori ketika berada di lorong pejalan kaki di Tulse Hill, selatan London, awal pagi Isnin.

Dia kemudiannya dirempuh lori kedua dan juga dua kereta lain.

Menurut Polis Met, tiada seorang pun pemandu yang melanggar mangsa berhenti untuk menghulurkan pertolongan kepada wanita tersebut.

Selepas menerima panggilan kecemasan kira-kira pukul 6.50 pagi, pegawai Polis Met dan Perkhidmatan Ambulans London dikejarkan ke lokasi kejadian dekat Norwood Road.

Wanita itu menerima rawatan di lokasi kejadian tapi disahkan meninggal dunia tidak lama kemudian.

Identiti mangsa tidak didedahkan secara rasmi dan detektif masih mengesan warisnya.

"Saya merayu jika ada saksi kejadian supaya tampil membantu siasatan.

"Saya turut menggesa pemandu empat kenderaan itu supaya menyerah diri ke balai polis berhampiran," kata jurucakap Polis Met.

Tags / Kata Kunci: kemalangan

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan