Gempa Bumi Sederhana Landa Sukabumi - Berita Dunia | mStar

Gempa Bumi Sederhana Landa Sukabumi

Diterbitkan: Selasa, 12 Disember 2017 12:23 PM

(Ubah saiz teks)

JAKARTA: Gempa bumi sederhana berukuran 5.2 pada skala Richter berlaku di Kota Sukabumi, Jawa Barat, kira-kira 110.5km dari Jakarta.

Menurut Badan Meteorologi, Klimatologi dan Geofisika Indonesia (BMKG), gempa bumi yang berlaku pada 9.23 pagi waktu tempatan itu berpusat  di 37 km di tenggara Kota Sukabumi.

Menurut BMKG dalam laman web rasminya, tiada  sebarang kemalangan jiwa dilaporkan setakat ini dan gempa itu tidak mendatangkan ancaman tsunami.- Bernama

Tags / Kata Kunci: Sukabumi , Gempa Bumi
   

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan