Salji Tebal Lumpuhkan Britain - Berita Dunia | mStar

Salji Tebal Lumpuhkan Britain

Diterbitkan: Isnin, 11 Disember 2017 8:39 AM

Seorang lelaki berjalan di tepi sebuah pondok telefon yang dilitupi salji tebal di Marlow, England, Ahad. Foto AP

(Ubah saiz teks)

SALJI tebal yang melanda Britain pada Ahad mengakibatkan beberapa jadual keretapi dibatalkan, penerbangan ditunda dan kebanyakan jalan ditutup.

Ia dijangka terus melumpuhkan seluruh United Kingdom pada Isnin, dengan ketebalan salji sehingga 12 inci dalam tempoh 24 jam.

Jutaan penduduk menyaksikan salji turun pada pagi Ahad dan pemandu dinasihatkan untuk berhati-hati semasa memandu.

Lapangan terbang Luton dan Birmingham menangguhkan kesemua penerbangan pada pagi Ahad.

Sementara itu, perkhidmatan kereta api bawah tanah London Underground turut menutup beberapa laluan disebabkan masalah akibat salji.

Ribut salji di lebuh raya Britain turut menyebabkan gangguan perjalanan di beberapa kawasan. - Mirror


   

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan