Polis Berlin Jawab Beg Peluru Dekat Pasar Krismas

Diterbitkan: Isnin, 11 Disember 2017 8:09 AM

Gambar fail pasukan keselamatan membuat kawalan di sebuah pasar Krismas. Foto Reuters

(Ubah saiz teks)

BERLIN: Dua beg peluru yang ditemui dekat sebuah pasar Krismas dan masjid di barat Berlin tidak mempunyai kaitan dengan keganasan mahupun kedua-dua tempat itu, kata polis pada Ahad.

Ditanya mengenai kemungkinan penemuan dua beg tersebut dengan keganasan, seorang jurucakap polis berkata: "Tidak sama sekali."

"Amunisi sering dijumpai di Berlin," tambahnya.

"Seseorang mungkin membersihkan ruang bawah tanah mereka dan menjumpai sesuatu yang ditinggalkan datuk mereka."

Jerman kini mengambil langkah berjaga-jaga terhadap serangan keganasan, selepas setahun satu kumpulan militan merempuh sebuah pasar Krismas di tengah Berlin menggunakan trak.

Insiden tersebut mengorbankan 11 orang termasuk pemandu trak berkenaan. - Reuters

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan