Api Masih Marak, AS Tambah Pusat Pemindahan - Berita Dunia | mStar

Api Masih Marak, AS Tambah Pusat Pemindahan

Diterbitkan: Isnin, 11 Disember 2017 10:49 AM

(Ubah saiz teks)

SANTA BARBARA: Lebih banyak pusat pemindahan sementara diwujudkan bagi menempatkan mangsa kebakaran hutan yang semakin mengganas susulan angin kencang dan cuaca kering sejak seminggu lalu.

Pihak kerajaan telah mengarahkan penduduk di Carpinteria dan montecito meninggalkan kediaman masing-masing apabila kebakaran yang digelar Thomas itu semakin menghampiri bandar ini yang terletak 160 kilometer dari Los Angeles.

Enam tompok panas merebak dengan pantas di California Selatan dan ia bencana terbesar sejak 1932 apabila 62,726 hektar kawasan telah musnah termasuk ratusan struktur hingga mengakibatkan hampir 90,000 hilang tempat tinggal.

Gabungan angin Santa Ana di kawasan tanah tinggi telah mengakibatkan usaha memadamkan api di Santa Barbara dan Ventura agak sukar.

Malahan, Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump telah mengisytiharkan darurat di California berikutan kebakaran hutan paling buruk sehingga mengancam beberapa bandar berdekatan.

Trump turut mengarahkan bantuan persekutuan untuk membantu negeri yang kebanyakan kawasan musnah dalam kebakaran itu sejak beberapa hari lalu.

Tags / Kata Kunci: Santa Barbara , Thomas
   

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan