Masuk Pasaraya Hanya Pakai ‘Thong’ - Berita Dunia | mStar

Masuk Pasaraya Hanya Pakai ‘Thong’

Diterbitkan: Ahad, 10 Disember 2017 9:47 AM

(Ubah saiz teks)

FOTO seorang lelaki hanya memakai 'thong' dan berkasut but dalam keadaan cuaca sejuk ketika masuk ke pasaraya Tesco Express menjadi tular di media sosial.

Lelaki dalam keadaan separuh bogel itu dirakam berjalan di sepanjang laluan Horsecroft Road sebelum masuk ke dalam pasaraya tersebut yang terletak di Bury St Edmunds.

Foto itu dipercayai dirakam kira-kira pukul 10.45 pagi Sabtu.

"Lelaki itu hanya memakai 'thong' dan but. Dia berjalan di sepanjang laluan Horsecroft Road," kata seorang saksi, Julie Wiseman kepada Eastern Daily Press.

Menurut Julie, lelaki itu dilihat keluar dari pasaraya terbabit selepas membeli beberapa botol jus oren.

Seorang kakitangan wanita di pasaraya tersebut turut menawarkannya pakaian tetapi dia menolak.

"Tidak. Saya ok," katanya.

Lelaki tersebut turut dikesan melakukan perbuatan sama pada tahun lalu.

Tags / Kata Kunci: Tesco , separuh bogel
   

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan