Tiga Ditahan Gara-Gara Berenang Masuk Ke Singapura - Berita Dunia | mStar

Tiga Ditahan Gara-Gara Berenang Masuk Ke Singapura

Diterbitkan: Ahad, 10 Disember 2017 8:46 PM

(Ubah saiz teks)

SINGAPURA: Tiga lelaki berusia antara 22 dan 29 tahun ditahan pada Sabtu kerana memasuki Singapura secara haram, kata polis.

Pegawai Polis Coast Guard mengesan tiga lelaki berenang ke Singapura dari Malaysia kira-kira pukul 11 ​​malam, katanya dalam satu kenyataan yang dikeluarkan pada Ahad.

Kedua-dua pasukan berkuatkuasa darat dan laut dikerahkan ke kawasan itu dan pada pukul 11.22 malam, kesemua mereka berjaya ditahan.

Jika sabit kesalahan, mereka mungkin akan menghadapi hukuman penjara enam bulan dan sekurang-kurangnya tiga kali sebatan. - The Straits Times / Rangkaian Berita Asia

Tags / Kata Kunci: berenang
   

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan