'Bayi Duyung' Kelima Dunia Dilahirkan

Diterbitkan: Ahad, 10 Disember 2017 10:24 AM

-fotoCatersNewsAgency

(Ubah saiz teks)

SEORANG ibu muda melahirkan 'bayi duyung' kelima di dunia, tetapi meninggal dunia beberapa jam kemudian.

Muskura Bibi, 23, mengejutkan doktor selepas melahirkan bayi dengan Sindrom Mermaid atau Sirenomelia, keadaan yang jarang berlaku yang menyebabkan kecacatan.

Bayi berkenaan bagaimanapun tidak dapat dikesan jantinanya disebabkan kakinya bercantum.

Tetapi doktor tidak mampu untuk menyelamatkan bayi itu untuk terus hidup ketika dilahirkan pada Rabu dan dia meninggal empat jam selepas kelahirannya.

-fotoCatersNewsAgency

"Saya tidak pernah melihat bayi seperti itu sebelum ini. Ini adalah Sirenomelia kes pertama di negeri ini dan kedua di negara ini.

"Bayi itu mempunyai pembentukan normal di bahagian atas badan tetapi di bawah pinggang kakinya bercantum menjadi satu. Bahagian bawah tidak membangun sepenuhnya," kata Dr Sudip Saha, pakar kanak-kanak di Hospital Chittaranjan Deva Sadan di Kolkata.

Bibi tidak menjalani pemeriksaan imbasan sonografi dan tidak mampu mendapatkan ubat yang sewajarnya semasa kehamilan pertamanya ini.

Dr Saha menambah, ini bermakna janin mempunyai peredaran yang tidak betul dan tidak disuburkan dengan baik.

"Bayi duyung' pertama yang lahir di India pada 2016 hanya sempat hidup selama 10 minit. -mirrorUK

Tags / Kata Kunci: bayi duyung , bayi

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan