Wanita Hamil 8 Bulan Rompak Bank - Berita Dunia | mStar

Wanita Hamil 8 Bulan Rompak Bank

Diterbitkan: Sabtu, 9 Disember 2017 2:28 PM

Gambar hiasan.

(Ubah saiz teks)

SEORANG wanita dari Wisconsin yang dituduh merompak tiga bank ketika sedang hamil lapan bulan mengaku bersalah terlibat dalam dua kes rompakan tersebut dan telah dijatuhi hukuman penjara empat tahun.

Jurnal Negeri melaporkan bahawa Lisa Harding dari Madison, 32, turut diperintahkan untuk membayar balik wang yang diambil semasa rompakan bank ketiga, walaupun tuduhan itu ditolak di bawah perjanjian rayuan.

Rompakan tersebut berlaku pada Disember 2016 dan Harding ditangkap selepas dia menaiki teksi dari tempat rompakan terakhirnya.

Hakim Litar Dane County, Jill Karofsky berkata, biarpun beliau memahami masalah kesihatan dan ketagihan Harding terhadap dadah, hukuman penjara tetap dijatuhkan kerana ancaman ke atas keselamatan orang awam.

Harding dirakamkan meminta maaf dan berkata, banyak perkara 'salah' berlaku terhadapnya pada masa itu. - ABC News

Tags / Kata Kunci: perompak hamil
   

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan