Anas Terlelap Lagi - Berita Dunia | mStar

Anas Terlelap Lagi

Diterbitkan: Khamis, 7 Disember 2017 3:30 PM

Anas terlelap ketika kanak-kanak cacat penglihatan memperdengarkan bacaan al-Quran pada majlis yang turut dihadiri Anies pada Rabu.

(Ubah saiz teks)

"SEMESTINYA dia penat. Mungkin bekerja 24 jam sehari," demikian kata Timbalan Gabenor Jakarta, Sandiaga Uno.

Beliau memberi maklumbalas berhubung insiden Datuk Bandar Jakarta Barat, Anas Effendi yang terlelap pada majlis yang berlangsung pada Rabu.

Menurut Sandiaga, datuk bandar itu mungkin kepenatan selepas seharian bekerja dan berkhidmat kepada penduduk tempatan.

Pada majlis itu, Anas yang duduk di sebelah Gabenor Jakarta, Anies Baswedan terlena ketika bacaan al-Quran sedang diperdengarkan kanak-kanak cacat penglihatan pada majlis sempena sambutan Hari Orang Kelainan Upaya di Kalideres.

Anas duduk sebaris dengan jemputan kenamaan lain tertidur dan ia dapat dilihat dengan jelas.

Laporan kompas.com menyebut, Anas pernah tertidur ketika menghadiri empat majlis berasingan  sejak 2013 semasa Joko Widodo yang mengisi kerusi gabenor Jakarta menyampaikan ucapan di hadapan kakitangan pentadbiran bandar itu.



Tags / Kata Kunci: Anas , Jakarta
   

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan