Fenomena Supermoon Kembali - Berita Dunia | mStar

Fenomena Supermoon Kembali

Diterbitkan: Isnin, 4 Disember 2017 10:21 AM

(Ubah saiz teks)

WASHINGTON: Fenomena Supermoon iaitu kedudukan bulan berada paling hampir dengan Bumi akan dapat disaksikan petang Isnin.

Pentabiran Aeronautik dan Angkasa Lepas Kebangsaan (Nasa) berkata, bulan akan kelihatan 14 peratus lebih besar dan 30 peratus lebih terang ketika ia berada berhampiran Bumi.

“Masa untuk menyaksikan Supermoon bermula pukul 08:45 (GMT) 4 Disember (4.45 petang waktu Malaysia) ketika bulan berada pada jarak 357,492 kilometer dari Bumi,” menurut kenyataan Nasa.

Bagaimanapun, pakar Nasa, Lyle Tavernier mengingatkan bahawa walaupun bulan berada pada kedudukan paling hampir dengan Bumi, ia mungkin tidak kelihatan sebesar seperti yang disangka.

“Perlu diingat bahawa peningkatan 14 peratus dalam saiz yang jelas boleh diliputi dengan tangan tidak akan menjadikannya kelihatan lebih besar. Membandingkan Supermoon dengan bulan penuh biasa dari ingatan adalah sesuatu yang sukar,” katanya.

Fenomena Supermoon berlaku apabila bulan berada pada kedudukan perigee ketika fasa purnama menyebabkan ia kelihatan seolah-olah lebih besar daripada keadaan biasa. Tetapi, saiz fizikal bulan sebenarnya tidak berubah sama sekali. 


Tags / Kata Kunci: Supermoon
   

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan