Hakim Gantung Larangan Niqab Quebec - Berita Dunia | mStar

Hakim Gantung Larangan Niqab Quebec

Diterbitkan: Sabtu, 2 Disember 2017 10:43 AM

(Ubah saiz teks)

TORONTO: Hakim mahkamah di Kanada menggantung sebahagian undang-undang Quebec yang melarang penduduk memakai niqab ketika berkhidmat dalam perkhidmatan kerajaan.

Perkembangan itu dilihat sebagai kemenangan kepada beberapa kumpulan hak kebebasan awam yang berpendirian bahawa undang-undang itu bertentangan dengan perlembagaan dan bersifat menindas golongan wanita Islam.

Hakim Babak Barin menggantung sebahagian daripada akta yang melarang menutup muka sehingga kerajaan mengeluarkan garis panduan bagaimana ia dilaksanakan dan sejauh mana pengecualian boleh diberikan kepada golongan itu.

Kerajaan di wilayah majoriti berbahasa Perancis, Quebec kini mempunyai peluang menjelaskan bagaimana undang-undang itu akan dilaksanakan secara terperinci.

Undang-undang yang diluluskan pada Oktober lalu itu terpakai kepada semua termasuk guru, pelajar, kakitangan hospital, anggota polis, pemandu bas dan pengguna perkhidmatan kereta api.

Walaupun dasar itu tidak tertumpu kepada sebarang agama, perdebatan sebelum ini tertumpu kepada niqab yang dipakai majoriti kecil wanita Muslim. - Reuters


Tags / Kata Kunci: Quebec , niqab
   

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan