Dadah: Enam Rakyat Malaysia Kena Cekup Di HK

Diterbitkan: Jumaat, 1 Disember 2017 10:03 AM

(Ubah saiz teks)

HONG KONG: Enam warga Malaysia yang menyertai kumpulan pelancong ke sini ditahan pihak kastam di Lapangan Terbang Antarabangsa Hong Kong kerana cubaan menyeludup dadah ketamin bernilai RM2 juta.

Ia adalah penahanan yang pertama seumpamanya bandar raya itu.

Laporan The Post menyebut, kali terakhir penahanan rakyat Malaysia dilakukan melibatkan kes pengedaran dadah di lapangan terbang kira-kira 10 tahun lalu.

Semua enam lelaki terbabit berusia antara 18 dan 28 tahun itu ditahan ketika pemeriksaan kastam sebaik tiba dari Kuala Lumpur pada Rabu.

"Lebih lapan kilogram dadah dipercayai ketamin ditemui pada badan empat daripada enam lelaki itu," kata sumber.

Menurut sumber lagi, siasatan awal menunjukkan bekalan dadah untuk pasaran tempatan.

Ditanya kenapa mereka menyertai kumpulan pelancong ke bandar raya itu, suspek menjelaskan cara itu bagi mengurangkan pemeriksaan ketika tiba ke sini.

Pada Khamis, semua suspek telah disoal siasat, bagaimanapun masih belum dihadapkan ke mahkamah.



Tags / Kata Kunci: Hong Kong , ketamin

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan