Ketua Pembangkang Iceland Jadi PM Baharu - Berita Dunia | mStar

Ketua Pembangkang Iceland Jadi PM Baharu

Diterbitkan: Khamis, 30 November 2017 9:43 AM

Katrin Jakobsdottir. Foto Reuters

(Ubah saiz teks)

COPENHAGEN: Ketua parti pembangkang Iceland, Katrin Jakobsdottir akan menjadi perdana menteri yang baharu, selepas Gerakan Kiri-Hijau yang diterajuinya pada Rabu bersetuju untuk membentuk kerajaan campuran, lapor penyiar RUV.

Parti beliau yang muncul sebagai parti kedua terbesar dalam pilihan raya mengejut pada 28 Oktober, menyertai rundingan dengan Parti Bebas, rakan utama dalam kerajaan campuran ketika ini, dan Parti Progresif dua minggu lalu.

Perdana Menteri ketika ini, Bjarni Benediktsson dari sayap kanan, Parti Bebas mengumumkan pilihan raya mengejut pada September, selepas kurang setahun dalam kerajaan.

Ia susulan skandal melibatkan cubaan bapanya untuk mempengaruhi sekutu kerajaan keluar dari gabungan pentadbirannya.

Pulau yang mempunyai jumlah penduduk kira-kira 340,000 orang itu merupakan salah satu negara yang paling terjejas akibat krisis kewangan 2008. - Reuters

Tags / Kata Kunci: Katrin Jakobsdottir
   

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan