Sembunyi Bawah Bas Gara-Gara Mahu Cari Ibu Bapa - Berita Dunia | mStar

Sembunyi Bawah Bas Gara-Gara Mahu Cari Ibu Bapa

Diterbitkan: Selasa, 28 November 2017 10:39 AM

(Ubah saiz teks)

GAMBAR dua kanak-kanak lelaki warga China yang mengembara sejauh 80 kilometer (km) dengan bersembunyi di bawah bas mencetuskan kemarahan dikalangan netizen terhadap kerajaan negara itu kerana didakwa mengabaikan kebajikan golongan tersebut.

Dua kanak-kanak tersebut yang tidak dinamakan datang dari sebuah perkampungan miskin di selatan Guangxi dan cuba mencari ibu bapa mereka yang bekerja di wilayah Guangdong.

Guru dua kanak-kanak terbabit melaporkan mengenai kehilangan mereka pada 23 November lalu.

Namun mereka dijumpai berada di bawah sebuah bas.

Gambar dan video menunjukkan kedua-duanya dipenuhi lumpur dan berpaut di bawah bas.

Menurut laporan Southern Morning Post, kanak-kanak berusia sekitar lapan atau sembilan tahun itu ditemui pekerja keselamatan ketika kenderaan itu berhenti di sebuah stesen bas.

Mereka berpaut di bawah bas dalam keadaan jalan yang curam dan pekerja keselamatan itu terkejut apabila mereka tidak mengalami sebarang kecederaan.

Ketika ditemui, dua kanak-kanak itu enggan bercakap apabila ditanya punca mereka berbuat demikian.

Namun salah seorang kakitangan stesen bas terbabit membeirtahu Southern Morning Post bahawa dua kanak-kanak itu terlalu merindui ibu bapa mereka.

"Mereka bersembunyi di bawah bas kerana mereka mahu mencari ibu bapa mereka," katanya.

Laporan mendakwa keluarga dua kanak-kanak itu dimaklumkan mengenai penemuan tersebut dan mereka diambil pada petang hari yang sama.

Tags / Kata Kunci: bas , China
   

iklan

Video

Selasa, 19 Jun 2018 1:13 PM

Takdir ibu & anak 'pergi' bersama

Selasa, 19 Jun 2018 8:30 AM

Cabaran anyam ketupat!

Isnin, 18 Jun 2018 8:00 AM

mStar teka lagu Raya - Challenge

Jumaat, 15 Jun 2018 6:00 AM

Raikan Syawal, bukan 'membawang'

Rabu, 13 Jun 2018 3:40 PM

Perihal suka iklankan maksiat di Instagram

Rabu, 13 Jun 2018 8:00 AM

Jangan sibuk main 'game' dalam bulan puasa

Selasa, 12 Jun 2018 4:06 PM

Cabaran RM15 di bazar Ramadan

Selasa, 12 Jun 2018 9:00 AM

Wartawan mStar pening pilih baju raya

Kolumnis

iklan

Iklan