Perut Macam Tabung, 263 Syiling Ditemui - Berita Dunia | mStar

Perut Macam Tabung, 263 Syiling Ditemui

Diterbitkan: Selasa, 28 November 2017 3:06 PM

Sebahagian syiling dan paku yang ditemui dalam perut Maksud Khan.

(Ubah saiz teks)

SEORANG lelaki warga india, Maksud Khan dimasukkan ke hospital baru-baru ini selepas disyaki keracunan makanan.

Bagaimanapun, pemeriksaan doktor mendapati terdapat bendasing seberat tujuh kilogram di dalam perut lelaki berumur 35 tahun itu.

Apa yang lebih mengejutkan penemuan tersebut termasuk 263 syiling logam.

Doktor di Hospital Sanjay Ghandi di Satna di Madhya Pradesh segera menjalankan pembedahan ke atas Khan bagi mengeluarkan 263 syiling itu.

Mereka turut mengeluarkan 100 paku, sekeping besi berkarat, puluhan pisau cukup, pisau kaca dan batu. 

"Pesakit mengadu sakit perut, jadi kami menjalankan pemeriksaan. Kami terkejut menemui syiling, paku dan kekacang di dalam perutnya.

"Ia merupakan pertama kali kes seumpamanya berlaku. Emosi lelaki itu tidak stabil kerana tiada siapa pun yang waras akan makan semua itu," kata ketua operasi pembedahan, Dr Priyank Sharma.

   

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan