Ujian Dara Digesa Agar Dihentikan - Berita Dunia | mStar

Ujian Dara Digesa Agar Dihentikan

Diterbitkan: Sabtu, 25 November 2017 4:49 PM

(Ubah saiz teks)

JAKARTA: Aktivis kemanusiaan yang berpengkalan di New York, Human Rights Watch (HRW) menggesa Presiden Joko “Jokowi” Widodo untuk mengarahkan ketua-ketua di Tentara Nasional Indonesia (TNI) untuk menghentikan serta-merta ujian dara terhadap calon wanita.

Ujian itu didakwa satu bentuk 'keganasan' berasaskan jantina.

Amalan yang dilaksanakan sejak berpuluh tahun lalu melibatkan ujian "dua jari" bagi menentukan sama ada selaput dara calon wanita itu masih dalam keadaan baik.

Ia didakwa sejenis amalan diskriminasi yang menjatuhkan maruah dan menggugat hak kesamarataan golongan wanita untuk mendapatkan pekerjaan, kata pengarah hak asasi wanita HRW, Nisha Varia.

"Tindakan Indonesia meneruskan ujian selaput dara itu menunjukkan kekurangan kuasa politik untuk membela hak wanita.

"Wanita di Indonesia yang mahu berbakti kepada negara tidak perlu menjalani ujian seperti itu," katanya.

Biarpun kritikan dikeluarkan oleh pengamal hak asasi wanita, pasukan tentera masih meneruskan ujian tersebut yang dikelaskan sebagai ujian psikologi bagi mengukur kesihatan mental dan sebab-sebab moral.

Semua wanita yang menjalani ujian tersebut memberitahu HRW bahawa pengalaman ketika doktor memasukkan dua jari ke dalam alat sulit mereka membuatkan mereka rasa sakit, malu dan meninggalkan kesan trauma. - The Jakarta Post/Asia News Network

Tags / Kata Kunci: ujian dara
   

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan