Heboh Seminar 'Cara Cepat Beristeri Empat'

Diterbitkan: Sabtu, 25 November 2017 9:08 AM

-foto daurohpoligamiindonesia.com

(Ubah saiz teks)

RISALAH seminar 'Cara Kilat Dapat Istri 4' telah tersebar dan menjadi pertikaian di media sosial.

Seminar tersebut, yang dirancang diadakan pada 3 Disember ini membolehkan para peserta mengambil bahagian dalam sesi taaruf (perkenalan) yang mungkin membawa kepada perkahwinan jika kedua-dua pihak (lelaki dan perempuan) bersetuju.

Penganjur acara itu mengenakan bayaran Rp3.5 juta (RM1,066) untuk peserta lelaki yang membuat tempahan awal atau Rp5 juta (RM1,523) pada hari seminar, sementara peserta wanita yang belum berkahwin boleh memasuki seminar secara percuma.

Selain itu, risalah tersebut turut memaklumkan bahawa penceramah seminar terdiri daripada lelaki yang mengamalkan poligami dari seluruh Indonesia.

Ketika timbul pertikaian bahawa seminar ini berkemungkinan besar menyamai usaha-usaha perniagaan berasaskan poligami baru-baru ini yang kontroversi di Indonesia, penganjur acara, Dauroh Poligami Indonesia, mengesahkan penganjurannya dan ia akan berlangsung di Jakarta, tetapi tidak menyatakan lokasi khusus.

"Benar. Kami mahu mengadakan acara pendidikan tentang poligami untuk umat Islam," kata Pengarah Eksekutif Dauroh Poligami Indonesia, Viktor Abu Syamil, memetik Detik, Jumaat.

Majlis Ulama Indonesia (MUI) mempersoalkan niat di sebalik penganjuran seminar dan memberi amaran kepada kaum lelaki untuk tidak mengambil bahagian kerana ia hanya kelihatan seperti penipuan.

"Walaupun (poligami) tidak dilarang dalam Islam, (seminar itu) memaparkan imej bahawa Islam hanya sekadar nafsu," kata Timbalan Pengerusi MUI Zainut Tauhid Sa'adi, memetik laporan Detik Khamis.

"Tujuan acara itu mesti dipersoalkan. Adakah ia benar-benar membantu orang ramai membina isi rumah atau hanya untuk keseronokan, atau adakah ia satu cara untuk membuat keuntungan dengan mengambil kesempatan daripada keperluan orang lain untuk mencari pasangan lebih dari satu?."

Suruhanjaya Kebangsaan mengenai Keganasan Terhadap Wanita (Komnas Perempuan) juga mempunyai penilaian serupa terhadap seminar itu.

"Saya fikir ini adalah agenda perniagaan, memperdagangkan wanita tetapi 'menutupnya' dengan seminar. Agama dijadikan alat untuk memenuhi kehendak seseorang dengan cara perkawinan," kata Pesuruhjaya Komnas Perempuan Masruchah, sebagaimana dikutip oleh Detik, Khamis.

Pada September, kerajaan menyekat sebuah laman web cari jodoh yang menimbulkan kontroversi, Nikahsirri.com, yang menawarkan 'lelongan dara' untuk lelaki dan wanita yang mahu berkahwin, sementara polis menahan pengasasnya atas unsur-unsur pornografi dan eksploitasi anak-anak bawah umur yang ditemui di laman web ini.

Pada masa yang hampir sama aplikasi ala-Tinder untuk poligami yang dipanggil AyoPoligami menimbulkan kontroversi dan kritikan banyak pihak, tetapi aplikasi itu kekal dalam talian sehingga hari ini.

Tags / Kata Kunci: poligami

iklan

Video

Ahad, 17 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: InTeam - Kasih Kekasih

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Kolumnis

iklan

Iklan