Wonder Woman Guna Tikar Yoga Buat Kostum

Diterbitkan: Jumaat, 24 November 2017 9:57 AM

(Ubah saiz teks)

KADANGKALA watak adiwira boleh menjadi inspirasi bagi golongan peminat filem untuk menjadi sangat kreatif.

Seorang jurusolek dari Australia yang juga penghibur parti kanak-kanak, Rhylee Passfield menjadikan watak adiwira wanita kegilaan masyarakat di seluruh dunia, Wonder Woman sebagai inspirasi untuk menghasilkan kostum yang hampir 100 peratus sama.

Rhylee hanya menggunakan tikar yoga, pita pelekat dan penyumpit rekat (heat gun) untuk menghasilkan kostum tersebut.

"Sejujurnya, saya mula membuat semuanya hanya dengan menggunakan pita pelekat.

"Kemudian, saya potong corak daripada bentuk pita pelekat itu dan menyalinnya ke atas tikar yoga dan mengegamnya menggunakan gam kuat," katanya kepada Daily Mail Australia.

Rhylee dalam kostum Wonder Woman rekaannya.

Rhylee menggunakan tikar yoga dan pita pelekat untuk menghasilkan kostum Wonder Woman.

Rhylee menghabiskan masa selama 50 jam untuk menghasilkan kostum penuh Wonder Woman.

Wanita kreatif itu turut menggunakan penyumpit rekat untuk membentuk korset dan corak breastplate menggunakan kuku palsu.

Manakala aksesori seperti perisai 'helang', tali pinggang, perisai kaki, sarung tangan besi dan hiasan kepala diperbuat daripada getah kraf nipis, cebisan vinil dan seluar dalam boyleg pula digunakan untuk menghasilkan bahagian skirt.

Bahagian kasut pula adalah disolek menggunakan cat yang boleh dicari pada kedai barangan murah.

"Kos menyiapkan kostum ini adalah $30 (RM94) dan memerlukan masa selama 50 jam. Ia merupakan pengalaman kali pertama saya menghasilkan sesuatu seperti ini," kata Rhylee.

Kata wanita itu, melukis adalah minatnya sejak dari kecil dan kini dia mahu meluaskan bakat tersebut dengan lebih serius.

Kostum tersebut menjadi cabaran buatnya untuk menguji kebolehan seninya.

Tags / Kata Kunci: Wonder Woman , Rhylee Passfield

iklan

Video

Isnin, 18 Disember 2017 2:45 PM

Kecoh Naim Daniel 'Berduet' Dengan Hantu

Ahad, 17 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: InTeam - Kasih Kekasih

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Kolumnis

iklan

Iklan