11 Pekerja Kilang 'Terpilih' Serbu Balai Polis Dakwa Dicabul Doktor

Diterbitkan: Khamis, 23 November 2017 9:12 AM

-fotoBangkokPost/Prasit Tangprasert

(Ubah saiz teks)

SEORANG doktor hospital telah dipanggil selepas didakwa mencabul sekumpulan pekerja wanita yang menuduhnya 'mengusik' payudara mereka semasa pemeriksaan kesihatan tahunan di sebuah kilang di daerah Sung Noen Nakhon Ratchasima, Thailand.

Pegawai penyiasat di balai polis Sung Noen yang mengendalikan kes itu, Lt Col Trakarn Saksrikrompada pada Rabu memanggil doktor terbabit selepas menyoal siasat kumpulan pekerja kilang berkenaan.

Semua mereka memberikan keterangan yang hampir sama.

Pada pagi Selasa, 11 pekerja wanita di kilang Siam Fukoku di daerah Sung Noen, membuat laporan polis mendakwa doktor di hospital yang terletak di bandar Nakhon Ratchasima telah mencabul mereka.

Mereka mendakwa doktor tersebut telah meraba-raba buah dada mereka ketika melakukan pemeriksaan kesihatan tahunan syarikat.

-fotoBangkokPost/Prasit Tangprasert

Nama doktor terbabit tidak didedahkan dan insiden tersebut didakwa berlaku di premis kilang itu Kawasan Perindustrian Navanakorn, pada 17 November lalu.

Beratus-ratus pekerja, lelaki dan perempuan menjalani pemeriksaan kesihatan pada hari tersebut.

Pengadu memberitahu polis bahawa doktor tersebut telah membuka zip uniform yang dipakai mereka sehingga paras payudara tanpa meminta izin, atau berkata apa-apa.

Doktor itu kemudian menggunakan jarinya untuk memeriksa sekeliling payudara wanita, menyebabkan mereka berasa hairan kerana apa yang dilakukannya adalah luar biasa.

Sebelum ini, doktor yang ditugaskan untuk membuat pemeriksaan di kilang itu hanya menggunakan stetoskop. Mereka tidak memegang buah dada pekerja seperti yang dilakukan doktor ini, kata pengadu.

Difahamkan pemeriksaan kesihatan tahunan itu meliputi 15 risiko kesihatan, tetapi tidak termasuk kanser payudara.

Sebelum menfailkan laporan, mereka telah bertanya kepada rakan sekerja yang lain dan mendapati doktor yang dituduh tidak memegang payudara semua staf perempuan, sebaliknya hanya memilih wanita-wanita cantik untuk melakukannya. -BangkokPost

Tags / Kata Kunci: kes cabul , doktor

iklan

Video

Isnin, 18 Disember 2017 2:45 PM

Kecoh Naim Daniel 'Berduet' Dengan Hantu

Ahad, 17 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: InTeam - Kasih Kekasih

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Kolumnis

iklan

Iklan