Dapat 53,000 Pound Sterling Untuk Tinggal Di Albinen

Diterbitkan: Rabu, 22 November 2017 9:26 AM

(Ubah saiz teks)

PELIK tapi benar. Sesiapa sahaja yang ingin tinggal di sebuah perkampungan yang terletak di kawasan pergunungan Albinen, Switzerland akan ditawarkan wang sebanyak 53,000 pound sterling.

Di sebalik kedamaian dan pemandangan luar biasa selain kualiti udara yang segar serta lokasinya yang terletak hampir dengan Sion, Visp dan Leujerbad, perkampungan itu hanya diduduki seramai 240 orang setakat ini.

Malah kekurangan populasi penduduk menyebabkan sekolah di perkampungan itu terpaksa ditutup.

Bosan dengan populasi penduduk yang semakin berkurangan, sekumpulan warga muda melancarkan petisyen yang meminta majlis perbandaran untuk menawarkan insentif kepada mereka yang mahu berhijrah ke perkampungan itu.


Majlis perbandaran tampil menyediakan subsidi perumahan termasuk sumbangan kewangan tetap kepada individu, pasangan dan keluarga yang berpindah ke Albinen.

Faedah itu bakal dinikmati sesiapa sahaja yang berusia 45 tahun ke bawah yang ingin membina, membeli atau mengubah suai rumah di bandar.

Jika rancangan itu diterima semasa undian pada 30 November ini, golongan dewasa akan mendapat wang sebanyak 18, 992 pound sterling dengan bayaran sebanyak 7,597 kepada setiap kanak-kanak.

Ini bermaksud, pasangan yang mempunyai dua anak akan memperoleh bayaran sekitar 53,188 pound sterling jika mereka berhajat berhijrah ke perkampungan tersebut.

Tags / Kata Kunci: Switzerland

iklan

Video

Isnin, 18 Disember 2017 2:45 PM

Kecoh Naim Daniel 'Berduet' Dengan Hantu

Ahad, 17 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: InTeam - Kasih Kekasih

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Kolumnis

iklan

Iklan