Hampir Mati, Jururawat Tak Pandai B. Inggeris

Diterbitkan: Rabu, 22 November 2017 12:45 PM

-fotoGetty/WalesNewsService

(Ubah saiz teks)

SEORANG jururawat Romania terlepas penggantungan walaupun bahasa Inggerisnya 'teruk' sehingga membahayakan nyawa pesakit.

Rodica Olteanu, 34, sedang bertugas di pusat jagaan jururawat di Pontypridd, Wales Selatan, pada Mac 2016 apabila dia gagal menjawab pertanyaan dalam bahasa Inggeris kepada operator 999 ketika pesakitnya kritikal, pendengaran diberitahu.

Kakitangan bukan perubatan di rumah jagaan Ty Gwynno terpaksa masuk dan mengambil alih panggilan sebelum mengesahkan kepada 999 bahawa nyawa pesakit berada dalam bahaya dan memerlukan rawatan segera.

Pesakit itu dibawa ke hospital untuk rawatan.

Olteanu sebelum ini dikehendaki untuk mengambil ujian yang diakui oleh Sistem Pengujian Bahasa Inggeris Antarabangsa tetapi enggan berbuat demikian.

Dia kemudian mula bekerja sebagai seorang jururawat di Hospital Universiti North Midlands Trust di Stoke-on-Trent, di mana kebimbangan tentang kemahiran bahasa sekali lagi dibangkitkan.

"Dia telah dipindahkan dari melakukan tugas-tugas di wad dan tidak lagi diberi kepercayaan untuk melakukan tugas di situ," panel salah laku Majlis Perubatan dan Kebidanan di Cardiff diberitahu.

Pengerusi panel, David Newman berkata, orang ramai akan berdepan 'risiko kemudaratan' jika Olteanu kembali ke kejururawatan di UK, tetapi memutuskan untuk menghentikan penggantungan pendaftarannya kerana ia 'tidak seimbang'.

Dia sebaliknya memerintahkan jika Olteanu bekerja di UK dia mesti melakukannya di bawah pengawasan sehingga dia lulus ujian bahasa Inggeris yang diiktiraf.

Olteanu dalam satu kenyataan bertulis berkata dia tidak bersetuju bahawa bahasa Inggerisnya di bawah standard. -expressUK

Tags / Kata Kunci: jururawat , bahasa Inggeris

iklan

Video

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan