Cawan Kecil Seorang Kanak-Kanak Autisme Berjaya Satukan Dunia

Diterbitkan: Rabu, 22 November 2017 10:46 AM

Ben Carter bersama cawang kegemarannya. -foto MarcCarter/TheGrumpyCarer

(Ubah saiz teks)

SATU kempen telah diadakan demi 'mencari' cawan kegemaran seorang kanak-kanak autistik dan siapa sangka ia telah berkembang menjadi satu projek global untuk tujuan sama.

Tahun lepas, hati Ben Carter hancur luluh apabila cawan Tommee Tippee biru kegemarannya rosak, malangnya ia tidak lagi dijual kerana pengeluarannya telah dihentikan.

Dad Marc dari Torrington, North Devon, menyiarkan rayuan di Twitter jika orang ramai boleh 'membantu saya mencari cawan baru untuk Ben' yang enggan minum menggunakan cawan lain menyebabkan dia kehausan dan mengalami dehidrasi.

Dia merayu kepada mana-mana ibu bapa yang anaknya pernah menggunakan cawan biru dengan dua pemegang yang sama untuk menyelongkar almari mereka dan menyumbangkan cawan tersebut kepada Carter yang ketika itu berusia 13 tahun.

Dad Marc. -fotoPressAssociation

Posting terdesak Marc tular dan dia menerima maklum balas daripada orang yang tidak dikenali di seluruh dunia yang menawarkan sokongan mereka.

Apabila rayuan itu sampai ke pengetahuan pengeluar Tommee Tippee, mereka telah mengesan acuan lama cawan tersebut di sebuah kilang di China dan menghasilkan 500 cawan bekalan seumur hidup untuk Carter.

Selepas lebih setahun berlalu, rayuan 'Little Blue Cup' Marc telah menjadi kempen di seluruh dunia untuk membantu ibu bapa terutamanya yang mempunyai kanak-kanak autistik dan anak istimewa yang menghadapi krisis sama.

Marc, 43, memberitahu The Times: "Sesetengah kanak-kanak ini begitu kecewa sehingga mereka tidak mahu ke sekolah, makan atau tidur.

"Sesetengah kanak-kanak autistik akan menggunakan barang kegemaran mereka sebagai alat sokongan. Ini boleh merangsang atau melegakan tekanan mereka," katanya.

-fotoSouthWestNewsService

Lebih daripada 2,000 barang telah berjaya ditemui di UK, Australia, Amerika Syarikat dan Kanada dengan bantuan lebih daripada 15,000 pengikut Facebook menerusi kempen ini.

Antara yang menerima manfaat melalui projek ini adalah Isaac dari South Lanarkshire, Scotland.

Isaac yang berumur sembilan tahun dan mempunyai autisme teruk, hanya akan gembira dengan melihat atau menaiki lif.

Carter ketika menyambut ulang tahun kelahirannya yang ke-15 baru-baru ini. -fotoMarcCarter/TheGrumpyCarer

Rayuan di laman web 'Little Blue Cup' berbunyi: "Dia tak mahu apa-apa untuk Krismas dan begitu kecewa apabila semua tempat kegemarannya yang mempunyai lif ditutup pada Krismas."

Untuk membantunya mengatasi masalah ini, rakan-rakan di laman Facebook itu, di mana semua orang di seluruh dunia boleh membantu, telah memuat naik gambar atau video pendek mereka menaiki lif sambil mengucapkan 'hi Isaac' ke laman tersebut.

Carter, yang baru menyambut ulang tahun kelahirannya yang ke-15 pada Ahad, mampu minum dari cawan yang berbeza buat kali pertama minggu lalu, menandakan satu peristiwa penting untuk dirinya dan keluarga.

Tags / Kata Kunci: autistik , autisme , Little Blue Cup

iklan

Video

Ahad, 17 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: InTeam - Kasih Kekasih

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Kolumnis

iklan

Iklan