Tular Ahli Politik Kencing Tepi Jalan

Diterbitkan: Selasa, 21 November 2017 12:13 PM

Paparan skrin video tular Ram Shinde sedang membuang air kecil di kawasan terbuka. -IndiaToday

(Ubah saiz teks)

MUMBAI: Seorang ahli politik India mendapat malu apabila videonya sedang membuang air kecil di kawasan awam tular pada Hari Tandas Sedunia, sewaktu kerajaan berusaha menghentikan amalan seperti itu di negara tersebut.

Menteri Pemuliharaan Air negeri Maharashtra, Ram Shinde dirakam sedang kencing di tepi jalan pada Sabtu.

Video berkenaan tular di internet hari berikutnya.

19 November adalah Hari Tandas Sedunia yang diadakan bagi meningkatkan kesedaran mengenai risiko kesihatan disebabkan kekotoran tandas.

Shinde, salah seorang ahli parti pemerintah parti Bharatiya Janata bagaimanapun mempertahankan tindakannya.

"Bila anda perlu membuang, anda perlu melakukannya.

"Saya membuat kunjungan tanpa henti sejak sebulan lalu untuk skim Jalyukta Shivar," dia memberitahu Press Trust of India (PTI), merujuk kepada program pemuliharaan air.

"Perjalanan berterusan dengan suhu tinggi dan berdebu membuatkan saya sakit.

"Saya demam dan tidak menjumpai tandas, saya terpaksa membuang air kecil di kawasan terbuka," ujarnya.

Negara India sememangnya dikenali kerana kekurangan tandas.

70 peratus rumah di negara itu tidak mempunyai tandas dan lebih kurang 600 juta penduduk negara itu membuang air kecil secara terbuka, lapor Unicef.

Tiga tahun lalu, Perdana Menteri, Narendra Modi digesa membina tandas untuk semua rakyat India menjelang 2019.

Setakat ini, kerajaan telah membantu membina 50 juta tandas di seluruh negara itu dan menggesa rakyat India supaya mengentikan tabiat membuang air kecil di kawasan terbuka.

Sewaktu dihubungi AFP pada Isnin, Shinde tidak menjawab panggilan itu.

PTI dan beberapa portal berita melaporkan insiden itu berlaku di sebuah jalan antara bandar Barshi dan Solapur di barat data Maharashtra, yang mana Mumbai adalah ibu negerinya. -AFP/NST

Tags / Kata Kunci: kencing , ahli politik

iklan

Video

Ahad, 17 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: InTeam - Kasih Kekasih

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Kolumnis

iklan

Iklan