Wanita Jalani 18 Pembedahan Di Muka Temui Cinta Sejati

Diterbitkan: Ahad, 19 November 2017 8:49 AM

Cody bersama ibunya, Theresa ketika kecil.

(Ubah saiz teks)

CODY Hall, wanita yang dilahirkan dengan kecacatan wajah yang teruk akhirnya bergelar isteri kepada kekasihnya, Lewis Holt, 27.

Majlis perkahwinan mereka diadakan di Gereja St Michael, Great Oakley, Northamptonshire, Jumaat lalu dalam suasana penuh gilang-gemilang.

"Ia hari yang penuh emosi dan saya tidak dapat menahan air mata sebaik melihat Lewis. Saya mahu membuktikan kepada orang lain bahawa wujud sinar kebahagiaan untuk insan seperti saya," kata wanita berusia 25 tahun itu.

Cody terpaksa melalui dugaan paling besar sejak dilahirkan pada 1992.

Dia dilahirkan dengan tanda lahir yang begitu besar sehingga menjejaskan bentuk kiri wajahnya.

Doktor pada mulanya memberitahu ibu bapa Cody bahawa tiada apa-apa yang dapat dilakukan dan dia perlu menjalani kehidupannya dengan kecacatan tersebut.

Namun ibu bapa Cody enggan berputus-asa dan mencari seorang doktor di Amerika Syarikat (AS) yang pakar dalam pembedahan wajah kanak-kanak.

Cody bersama suaminya.

Selepas memperoleh wang derma sebanyak 230,000 pound sterling, Cody akhirnya menjalani rawatan pertamanya di Hospital Roosevelt ketika berusia setahun.

Bukan itu sahaja, Cody terpaksa menjalani pembedahan sebanyak 18 kali dalam tempoh 14 tahun lalu.

Ia termasuk pembedahan mengetatkan kulit wajah dan leher, sedut lemak, dermabrasion, pembedahan mata dan juga laser.

"Apabila saya mula bersekolah di sekolah menengah, ramai yang bertanya soalan dan merenung ke arah saya.

"Cara pandangan mereka membuatkan saya kecewa. Namun tahun demi tahun orang ramai mula menyedari siapa diri saya.

"Mereka mula memberi semangat kepada saya dan ada yang berkata mereka kagum dengan saya," kata Cody.

Cody bertemu suaminya lapan tahun lalu dan mengikat tali pertunangan pada Jun lalu.

Kini Cody berharap agar dia tidak perlu melakukan pembedahan susulan.

Tags / Kata Kunci: Cody Hall

iklan

Video

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan