Pesakit Meninggal Dunia, Jururawat 'Kantoi' Bergelak Ketawa

Diterbitkan: Ahad, 19 November 2017 9:41 AM

(Ubah saiz teks)

SEKUMPULAN jururawat dilihat bergelak-ketawa ketika seorang veteran Perang Dunia Kedua meninggal dunia di sebuah pusat penjagaan selepas dia meminta bantuan daripada mereka.

Kakitangan di situ sepatutnya memakaikan topeng oksigen ketika James Dempsey, 89, yang lemah mengalami masalah untuk bernafas.

Tetapi kamera yang disembunyikan menunjukkan beberapa kakitangan bergelak-ketawa apabila mesin pernafasan gagal berfungsi dan pesakit berkenaan tidak sedarkan diri.

Salah seorang jururawat melakukan enam tekanan dada tetapi kemudian memutuskan untuk berhenti melakukannya.

Kakitangan di Pusat Kesihatan dan Rehabilitasi Atlanta Timur di Georgia, Amerika Syarikat, itu menunggu sejam sebelum memanggil perkhidmatan kecemasan pada pagi 27 Februari 2014.

Keluarga Dempsey menyangka dia meninggal dunia secara semulajadi, tetapi mujurlah mereka memasang kamera tersembunyi di dalam bilik rawatan kerana anaknya, Tim bimbang bapanya dianiaya atau tidak menerima rawatan sepatutnya.

"Kami hanya akan fikir ajalnya telah sampai dan segala usaha menyelamatkan nyawanya telah dilakukan sehabis baik dan dia meninggal dunia semasa tidur," kata Tim kepada Channel 2.

"Anda tidak akan terfikir bahawa ada orang yang akan membiarkan begitu saja seseorang itu mati."

Dia berasa apa yang berlaku terhadap bapanya adalah satu 'kejutan dan kekecewaan'.

Rakaman video pada waktu pagi sebelum Dempsey meninggal dunia menunjukkan wira perang itu menekan butang panggilan bantuan sebanyak enam kali dari katilnya dan dia dilihat memegang bahagian dadanya.

Seorang jururawat memberitahunya: "Kamu sedang cemas, itu saja, kamu hanya perlu tenang."

Rakaman mengerikan ini didedahkan sebagai sebahagian daripada tuntutan mahkamah yang difailkan oleh saudara mara Dempsey.

Bekas penyelia kejururawatan Wanda Nuckles mengubah ceritanya di mahkamah apabila dia ditunjukkan klip video tersebut yang dirakamkan di bilik Dempsey.

Nuckles mendakwa bahawa kakitangannya telah melakukan CPR berulang kali sehingga perkhidmatan kecemasan tiba, tetapi mengaku di mahkamah bahawa ia tidak benar.

Peguam keluarga, Mike Prieto menghentikan rakaman itu dan bertanya: "Puan, ada sesuatu yang lucukah terjadi ketika percubaan untuk menyedarkan Dempsey?"

Nuckles menjawab: "Saya tidak dapat mengingati semua itu, seperti yang anda lihat."

Seorang profesor kejururawatan bersara, Elaine Harris memberitahu WXIA-TV-11Alive bahawa berhenti melakukan CPR sangat tidak wajar melainkan jika seorang doktor membuat keputusan.

"Selama 43 tahun di bidang kejururawatan, saya tidak pernah melihat ketidakpatuhan dalam menyelamatkan kehidupan manusia dalam penjagaan kesihatan," katanya. -thesun

Tags / Kata Kunci: nazak , jururawat

iklan

Video

Isnin, 18 Disember 2017 2:45 PM

Kecoh Naim Daniel 'Berduet' Dengan Hantu

Ahad, 17 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: InTeam - Kasih Kekasih

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Kolumnis

iklan

Iklan